Profil Sekolah

Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (STARULe) mula beroperasi pada 3 Januari 2012 dan ditadbir oleh En. Faiz bin Muhammad Rafaai, selaku Pengetua pertamanya dan seorang Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En.Saidin Bin Jaafar bersama 8 orang staf  akademik, 4 orang barisan staf pentadbiran dan pengurusan dan juga seramai 22 orang pelajar perintis. STARULe merupakan salah sebuah Sekolah Menengah Agama yang bercorak berasrama penuh dan berteraskan  tahfizul Quran.
Semua pengurusan dan perbelanjaan dalam mengurus sekolah tahfiz ini dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan,  Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bersama Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. STARULe telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamad  Nasar  bin Kurdi, selaku Ketua Penolong  Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
            STARULe kini bertapak di Madrasatul Asy Syakirin,Kampung Lenggong, Perak yang dahulunya merupakan bangunan Sekolah Agama Rakyat. Namun begitu, tapak yang digunakan kini adalah untuk sementara waktu sahaja dimana bangunan kekal telah dirancang akan dibina di Bukit Sapi, Lenggong kelak.

MISI SEKOLAH
Melahirkan teknokrat Islam yang Huffaz.

VISI SEKOLAH
Melahirkan Huffaz dan pelajar yang kompeten dalam jangka masa 5 tahun pengajian.

OBJEKTIF SEKOLAH
ü  Melahirkan pelajar yang hafaz Al Quran serta mengamalkan kandungannya.
ü  Melahirkan pelajar yang berilmu, beramal soleh dan mampu berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara
ü  Membentuk generasi yang berketrampilan dalam bidang Sains dan Teknologi.
ü  Melahirkan pelejar yang sedia menerima perubahan dalam perkembangan rohani dan jasmani.

KENALI LENCANA SEKOLAH 


PERINCIAN MAKSUD LENCANA
Warna-
Gabungan Warna Putih, Kuning, Hitam
melambangkan sekolah ini merupakan sekolah yang ditadbir urus oleh Kerajaan Negeri Perak.

Hijau
Simbol semangat cintakan keamanan dan keharmonian di dalam masyarakat serta alam sekitar.

Kuning:
 Melambangkan kedaulatan Negara

Putih:
 Melambangkan kesucian hati

Bentuk-bentuk-
Bulatan:
 Lambang kesatuan hati dan muafakat warga sekolah dalam mencapai matlamat

Tiga Segi Menghala ke Atas: 
Matlamat tertinggi yang ingin dicapai, iaitu kejayaan dalam menimba ilmu serta kehidupan.

Al-Qur’an:
 Panduan hidup pelajar untuk menjadi mukmin yang cemerlang

Mikroskop dan Komputer:
 Penguasaan pelajar dalam bidang Sains dan Teknologi    


LAGU SEKOLAH

Sekolahku Yang Tercinta,
Gedung Menimba Ilmu Di Dada,
Membentuk Budi Dan Peribadi,
Akhlak Mulia Yang Dimurni,

Quran Dan Sunnah Dijunjung Tinggi,
Bekalan Hidup Yang Abadi.
Guru-Guru Yang Dihormati,
Tekun Mendidik Arah Kendiri,

Amal Dijaga Ilmu Dihayati,
Menuju Tradisi Yang Lestari.
Semoga Allah Berkati,
Usaha Menjadi insan terpuji,

Kami Beriltizam Dan Berjanji,
Bela Agama Dan Pertiwi.
Kami Beriltizam Dan Berjanji,
Bela Agama Dan Pertiwi.


SILIBUS MATA PELAJARAN YANG DI AJAR

a) Tahfiz
b) Mata pelajaran Azhari

Sirah
Fiqah
Tauhid
Muthalaah
Nahu
Sorof
Tafsir
Hadith


c) Mata pelajaran akademik berdasarkan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

-Bahasa Melayu
-Bahasa Inggeris
-Bahasa Arab
-Matematik
-Sains
-Kemahiran hidup
-Pendidikan Islam
-Sejarah
-Geografi

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"