Kokurikulum

           
MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM (11/11/2016)
           
Pada 11 November yang lalu, telah diadakan Majlis Anugerah Kokurikulum peringkat sekolah di Dewan Mini STARULe. Majlis ini diadakan untuk meraikan para pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah dalam kegiatan kokurikulum sepanjang 2016. Majlis telah bermula pada pukul 9.30 pagi dan telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Cik NorSufiah Binti Yunus.

         Terdapat beberapa anugerah yang diberikan dalam majlis tersebut. Antaranya ialah Anugerah Peringkat Gangsa, Anugerah Peringkat Perak, Anugerah Peringkat Emas dah Tokoh Kokurikulum. Tokoh Kokurikulum telah dianugerahkan kepada saudara Zal Haziq bin Abdul Rahman daripada Tingkatan 3 Ibn Sina. Beliau telah berjaya merangkul tempat pertama dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Arab peringkat sekolah-sekolah agama negeri Perak (SMAN).  Bukan itu sahaja, beliau turut mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Seni Silat peringkat daerah anjuran KPM. Beliau juga turut mempertandingkan syarahan Bahasa Arab ke peringkat kebangsaan dalam Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Agama Malaysia (MIISMAM).

            Majlis Anugerah Kokurikulum berakhir dengan dendangan nasyid daripada kumpulan Huffaz Voice. Majlis telah berakhir pada pukul 10.30 pagi.







_________________________________________________________________________________

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA (08/10/2016)


Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sehubungan itu, pada 8 Oktober 2016 yang lalu telah diadakan Hari Sukan Negara peringkat daerah Lenggong. Program ini adalah penting untuk menggalakkan rakyat menerapkan budaya hidup cergas dan aktif.

Hari Sukan Negara peringkat daerah Lenggong telah dianjurkan oleh Pejabat Belia Daerah Lenggong. Semua warga STARULe talah dijemput hadir bagi menjayakan lagi program ini. Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Hj Saarani Mohammad, DUN Kota Tampan.

Program ini telah bermula pada pukul 8.30 pagi di Dataran Lenggong. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah senamrobik dan larian sejauh 2.2 km. Aktiviti ini terbuka kepada semua penduduk daerah Lenggong.








_________________________________________________________________________________


SUKAN & PERMAINAN 

Kelab Bola Sepak


Kelab Ping-pong



KELAB & PERSATUAN

Kelab Nasyid & Kesenian Islam


Kelab Fotografi & Multimedia



UNIT BERUNIFORM

Persatuan Silat Seni


Kadet Remaja Sekolah

Pada 10 April 2013, Kadet Remaja Sekolah telah mengadakan aktiviti Pertolongan Cemas iaitu Cara dan Jenis Balutan Kain Anduh. Berikut adalah cara bergambar yang telah dilakukan oleh murid-murid:

Anduh Besar




Balutan Luka Tangan







Balutan Luka Kaki







Cara Menyimpan Anduh @ Anduh Sebagai Penampan Luka






Cara ikatan kain anduh adalah ikatan jenis buku sila

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada 26 April yang lalu, Kadet Remaja Sekolah SMTDRL telah mengadakan aktiviti 'Masakan Rimba'.
Menu masakan yang dipilih adalah Ayam Pansuh dan Telur dalam Bawang. berikut adalah gambar-gambar yang dapat dirakam semasa aktiviti berjalan:


Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"