Hal Ehwal Murid

PROGRAM TAUTAN UKHUWWAH PELAJAR TINGKATAN 3 SMTDR Lenggong & SMTDR Manjung

           Pada 8 November yang lalu, semua pelajar Tingkatan 3 telah hadir ke SMTDR Manjung, Pangkor untuk menghadiri Program Tautan Ukhuwwah Pelajar Tingkatan 3 SMTDR Lenggong & SMTDR Manjung. Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah antara pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan.

                Tepat jam 8.00 pagi semua pelajar Tingkatan 3 sudah mula menaiki feri dari Jeti Marina. Lebih kurang setengah jam kemudian, para pelajar tiba di SMTDR Manjung. Program bermula dengan taklimat awal daripada guru SMTDR Manjung, Cikgu Puteri. Seterusnya, program diserikan lagi dengan ucapan Pengetua SMTDR Manjung, Ustaz Faisal bin Yahya. Seterusnya, para pelajar turut mendengar ucapan daripada Pengetua SMTDR Lenggong, Ustaz Faiz bin Muhammad Rafaai.

                Antara program yang dijalankan di SMTDR Manjung ialah lawatan pelajar ke kawasan sekolah SMTDR Manjung. Selain itu, para pelajar turut terlibat dalam Perlawanan Ping Pong Mahabbah dan Permainan Dalaman (Catur, Carrom, Congkak dan Sahiba). Setelah makan tengah hari dan solat Zohor, para pelajar dibawa mengelilingi Pulau Pangkor.

                Tepat jam 3.45 petang, semua pelajar menaiki feri Pangkor ke Jeti Marina untuk pulang semula ke asrama. Mereka tiba ke asrama kira-kira pukul 8.00 malam.





 












____________________________________________________________________________


LAWATAN KE PUSAT TAHFIZ INTIM DI IPOH

               Pada 2 November yang lalu, semua pelajar Tingkatan 3 telah pergi ke Pusat Tahfiz INTIM di Ipoh, Perak. Para pelajar telah bertolak dari STARULe diiringi dua orang guru pengiring pada pukul 10 pagi.

                Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua pelajar Tingkatan 3 telah pun sampai ke INTIM. Mereka telah mendengar slot bersama pensyarah INTIM di sana. Slot tersebut berkisar tentang “Cara Penghafalan Al-Quran serta Cara-cara Menjaganya (Al-Quran Hujjatul Laka Aw Alaika)”. Pada pukul 1.00 petang semua pelajar telah solat Zohor berjemaah dan makan tengah hari bersama-sama.

                Tepat pukul 2 petang semua pelajar Tingkatan 3 telah mengikuti slot seterusnya bersama-sama dengan pelajar INTIM. Slot ini bermula dengan sesi taaruf antara pelajar Tingkatan 3 dan pelajar INTIM. Dalam slot ini para pelajar saling mengenali antara satu sama lain. Selain itu, para pelajar telah bersama-sama  berkongsi ilmu tentang cara menghafal Al-Quran dan menjaga hafalan. Banyak ilmu yang dapat dikongsikan sepanjang sesi pertemuan itu berlangsung.

                Tepat pukul 4.00 petang, semua pelajar beransur pulang ke asrama.













_________________________________________________________________________________

UJIAN SARINGAN TALASEMIA (02/11/2016)

Pada 02 November 2016 telah diadakan Ujian Saringan Talasemia di STARULe. Program saringan talasemia ini telah melibatkan semua pelajar Tingkatan 4 Ibn Sina. Ujian ini telah dijalankan dengan bantuan Klinik Kesihatan Lenggong. Program ini dijalankan bagi mengesan talasemia pada usia remaja. 













_____________________________________________________________________________

MAJLIS JAMUAN PENGAWAS STARULe (26/10/2016)


Pada 26 Oktober yang lalu, telah diadakan Majlis Jamuan Pengawas STARULe. Majlis ini telah diadakan di Ohsem Café, Kuala Kangsar pada jam 3.00 petang. Seramai 16 orang pengawas telah diraikan dalam majlis ini atas penghargaan jasa-jasa mereka membantu melicinkan perjalanan program-program sekolah dan memantau disiplin pelajar di sekolah. 

Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh saudara Alif Najmi dan lafaz doa telah disempurnakan oleh saudara Abdul Rahman Humaidi. Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada Ketua Umum Pengawas, saudara Shafiq Iqbal dituruti dengan ucapan daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cik Nor Rashidah binti Ab Khalil.

Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan ucapan Pengetua, Ustaz Faiz bin Muhammad Rafaai. Setelah itu, cenderahati telah diberikan kepada semua pengawas. Selepas itu, para pengawas telah diraikan dengan jamuan makan bersama-sama guru-guru.


Majlis telah berakhir pada pukul 5.30 petang. Sejurus kemudian, para pelajar beransur pulang ke asrama.  



























____________________________________________________

PROGRAM KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS
 
Program Kebersihan dan Keceriaan Kelas telah dijalankan bermula April ini. Program ini adalah bertujuan untuk:
  1. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
  2. Memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan murid untuk menjaga kebersihan dan keceriaan kelas.
  3. Melahirkan generasi yang kreatif dalam menyampaikan sesuatu maklumat.
Pelaksanaan program ini adalah berkonsepkan pertandingan. Mana-mana kelas yang berjaya mengumpul markah sebanyak 80% dan ke atas (mingguan) paling kerap sepanjang tahun akan diberikan penghargaan manakala mana-mana kelas yang mendapat 25% markah dan ke bawah akan dikenakan denda.

Aspek pemarkahan yang dinilai pada setiap minggu ialah:
  1. kebersihan lantai, tingkap, rak dan alatan pembersihan.
  2. kekemasan susunan meja, rak dan alatan pembersihan.
  3. keceriaan dan kekemasan pembalut meja murid.
  4. keceriaan dan kekemasan alas meja guru.
  5. kebersihan dan kekemasan langsir.
  6. kreativiti carta organisasi kelas, jadual waktu, jadual tugasan, pelan kedudukan kelas, misi dan visi sekolah, maklumat mata pelajaran, maklumat umum dan apa saja bahan tambahan.
  7. keceriaan, kekemasan dan kebersihan sudut bacaan/mini perpustakaan.
Setakat ini, murid-murid telah menunjukkan komitmen yang baik dengan kerjasama daripada guru kelas masing-masing. Antara inisiatif yang telah dilakukan adalah seperti meletakkan akuarium ikan kecil di atas meja guru dan rak menyimpan buku-buku bacaan umum di satu sudut kelas yang menarik.

Semoga usaha ini akan berterusan demi mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan gembira.

Tiada ulasan:

"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"