Ahad, 1 Mac 2020

JADUAL CUTI DAN KELUAR KAWASAN PELAJAR STARULe 2017

MAKLUMAN IBU BAPA/PENJAGA 


Assalammualaikum w.b.t,

Dimaklumkan jadual cuti dan keluar kawasan bagi pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong tahun 2017 dapat dicapai di ruangan halaman > warden bertugas/ Jadual Cuti & Keluar Kawasan.

Sekian,terima kasih.

Selasa, 9 Mei 2017

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN MESYUARAT AGUNG PIBG STARULe 2017

Pada hari Sabtu, 29 April yang lalu, STARULe telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan dan juga Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2017. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Mini STARULe bermula jam 10.00 pagi. Walaupun agak terlewat daripada jadual asal tetapi majlis tetap berjalan dengan jayanya.

Hari Anugerah Kecemerlangan dirasmikan oleh Yb Dato' Shamsul Anuar bin Hj Nasarah, ahli Parlimen Lenggong. Ketibaan Yb telah disambut dengan persembahan silat daripada wakil pemenang Pertandingan Silat Seni yang lalu. Kemudian, Yb dengan diiringi oleh pengetua STARULe, Ustaz Faiz bergerak ke Dewan Mini STARULe.







Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz 'Atif Anaqi, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Perak dan nasyid Asma' Alhusna. Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengetua STARULe dan ucapan perasmian oleh Yb Dato' Shamsul Anuar.







Kumpulan nasyid sekolah, Huffaz Voice turut membuat persembahan bagi menyerikan lagi majlis. Selepas itu, acara yang ditunggu-tunggupun tiba iaitu penyampaian hadiah dan sijil bagi para pelajar yang cemerlang dalam kurikulum bagi tahun 2016. Anugerah-anugerah yang diberikan ialah anugerah kedudukan dalam kelas, PT3, SPM, Idadi, Thanawi, mata pelajaran terbaik, tokoh hafazan dan pelajar potensi.

















Setelah itu, kira-kira jam 11.30 pagi, Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2017 bermula. Mesyuarat ini dipengerusi oleh Ustaz Atif 'Anaqi. Agenda-agenda pada mesyuarat kali ke-6 ini ialah membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu, membentang dan menerima laporan tahunan dan laporan kewangan PIBG bagi sesi 2016/2017, pembubaran AJK PIBG bagi sesi 2016/2017 serta pelantikan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2017/2018. Mesyuarat ini ditangguhkan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.



Tahniah dan syabas kepada semua yang telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan pada tahun lalu. Moga-moga tahun ini prestasi para pelajar STARULe akan terus meningkat dan terus membanggakan STARULe. Sekian.
"BERANI BERKORBAN DAN BERUBAH, KEJAYAAN ADALAH GANJARANNYA"